Virus komputer merupakan satu aplikasi/program yang mudah merebak/dijangkiti dan boleh menyalinkan dirinya dari satu program ke dokumen yang lain, yang tidak lain dan tidak bukan punca sebenarnya adalah melalui internet, dan kemudiannya virus ini merebak atau menjangkiti dirinya melalui e-mail yang kita terima ataupun apabila memuat turun sesuatu software atau video.
Virus juga lebih mudah merebak melalui alat perantaraan yang mudah alih seperti pendrive, cd/dvd, external hard disk dan sebagainya.
Virus merebak melalui alat perantaraan ini adalah apabila sesebuah komputer tersebut mempunyai virus dan si pengguna ingin menyalin sesuatu fail kepada komputer lain dan menggunakan pendrive sebagai alat perantaraan, pendrive tersebut memiliki risiko sebanyak 99% dijangkiti virus daripada komputer si pengguna, dan apabila pendrive tersebut disambungkan ke komputer yang lain tanpa 'discan' terlebih dahulu dengan antivirus maka, kemungkinan komputer tersebut dimasuki virus adalah 90%.
Sesetengah virus dicipta untuk merosakkan sistem program dan menghapuskan fail-fail yang ada di dalam komputer sehingga menyebabkan si pengguna komputer terpaksa mengformat semula komputer atau pendrive yang telah dijangkiti virus.
Tetapi, ada sesetengah aplikasi virus ini adalah virus yang tidak merosakkan sistem komputer dan lebih dikenali sebagai virus jenis "tool" seperti fail crack untuk full versionkan sesuatu software dan sebagainya.
Simptom2 komputer anda dijangkiti virus:-
1) Apabila komputer anda mula ''running'' secara perlahan tidak seperti hari2 biasa anda menggunakannya.
2) Apabila kebanyakan aplikasi yang anda selalu buka tidak dapat ''running'' dengan sempurna.
3) Apabila selepas komputer dibuka, tidak lama keumdian komputer anda ''hang''. Maksudnya berhenti/tiada respon.
4) Apabila sesuatu fail tidak dapat dibuka/loading dengan mengambil masa yang lama.
5) Apabila komputer anda ''reboot'' atau ''restart'' dengan sendirinya.
6) Menu Run, Search disembunyikan oleh virus.
7) Shortcut key CTRL+ALT+DEL tidak boleh digunakan.
8) Regedit dan MSCONFIG disabled.
9) Folder asli pada komputer anda disembunyikan dan digantikan dengan file virus.
10) Menu Tools & Folder options di Windows Explorer hilang.
11) Muncul file dengan Icon Folder tetapi mempunyai file type .exe.
12) Hardisk/disk drive tidak boleh diakses.
13) Sering terlihat menu/dialog box yang rosak atau tidak boleh digunakan.
14) Terdapat duplikasi nama folder di dalam folder tersebut.
15) Komputer selalu mengeluarkan amaran dari mana lokasi virus ini berasal.
Note:-
Jika komputer anda mengalami salah satu ciri-ciri diatas, bererti ada kemungkinan komputer anda terkena virus, segera bawa komputer anda ke klinik yang berdekatan. Hehe... Gurau.. Segara update antivirus anda dan scan komputer anda untuk membersihkan virus tersebut. Seboleh-bolehnya buatkan boot disk ( sama ada daripada disket ataupun CD - boot CD) dengan menggunakan PC lain yang bersih daripada virus dan bootkan PC anda yang terkena virus tersebut dan scankan komputer anda menggunakan boot CD berkenaan. Jika komputer anda mengalami semua ciri-ciri diatas, ''format'' lah cara yang dapatkan diselesaikan.



0 ulasan:
Catat Ulasan