10/13/2013

Mode Jimat Tenaga Untuk Blogspot

Mode Jimat Tenaga Untuk Blogspot

Assalamualaikum ... Widget Mode Jimat Tenaga, memang satu widget yang dah lama ada . Nak pasang widget ini memang mudah, hanya letakkan kod atau script yang akan saya kongsikan nanti dalam bahagian HTML blogspot anda. Pemasangan tak sampai pun lima minit.

Apa tujuan guna widget ini? Widget ini kononnya akan meletakkan blog anda di dalam keadaan gelap gelita apabila tiada sebarang aktiviti di skrin komputer anda. Dalam kes ini, apabila blog berada di dalam statik selama 60 saat. Macam Earth Hour di mana penduduk dunia bergelap. Ia sebenarnya satu widget khusus untuk menyatakan sokongan mengenai betapa pentingnya dunia menghargai tenaga, dan memastikan bahawa tenaga itu cekap digunakan.


Anda boleh aplikasikan widget ini dalam blogspot anda. Cuma ada beberapa perkara yang akan saya katakan mengenai widget yang buat skrin komputer anda bergelap, apabila berada di blog yang ada widget mode jimat tenaga ini.

Cara Pasang Widget Mode Jimat Tenaga:
1. Buka HTML blog anda. Sebelum kod "/head" anda masukkan skript di bawah ini.

<script language='javascript' src='https://sites.google.com/site/bloghasrulhassan/js/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>

2. Kemudian simpan template blog anda.

Anda boleh lihat kod ini beraksi dengan membiarkan blog anda selama beberapa minit - dalam kes ini 60 saat. Blog anda akan tetiba bergelap. Dan akan hanya kembali 'cerah' bila anda menggerakkan tetikus komputer anda.

Oh ya, satu je masalah bila guna widget ini, apabila seseorang yang mahu tulis komen .... kemudian, komen tersebut berbentuk pop-up, akan ada masalah untuk merujuk balik entri kerana blog anda telah berada di dalam status gelap.

Begitu juga kalau anda sedang anjurkan kontes, segmen dan giveaway, belum sempat pengunjung baca semua syarat-syarat, tetiba skrin akan jadi gelap. Jadi, agak tidak praktikal kalau entri-entri dalam blog anda tu agak panjang lebar pengisiannya.

Apapun, ia satu widget yang menarik untuk digunapakai dalam blogspot anda.




0 ulasan:

Catat Ulasan